Sunday, 30 March 2014
Tuesday, 11 March 2014
katalog internet
Tajuk
|
Tatabahasa ( Kata
Nama )
|
URL
|
|
Sinopsis
|
Kata nama ialah
perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama. Selalunya
perkataan demikian menamakan orang, haiwan, tempat, benda, atau konsep. Ia
terbahagi kepada beberapa subgolongan berdasarkan ciri-ciri semantik
perkataannya iaitu seperti kata nama khas, kata nama am, dan kata ganti nama.
Sebagai contoh, berikut ialah beberapa binaan frasa nama yang menunjukkan
kedudukan kata nama sebagai inti frasa nama dan perkataan-perkataan lain yang
hadir sebelum dan selepasnya.
|
TAJUK 9 : Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Atas Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan Kad Pengumuman
TAJUK 9 : Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa
Melayu Secara Atas Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan Kad Pengumuman
Pengenalan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengeditan
merupakan satu proses mengedit. Proses mengedit ini berkait rapat dengan kaedah
melakukan penyuntingan terhadap bahan iaitu sama ada melakukan pengubahsuaian,
penambahbaikan.
Prosedur pengeditan
Pengeditan ini boleh dilakukan secara atas
talian sama ada Brosur, News Letter dan Kad Pengumuman. Bagi pengeditan bahan
menjadi brosur boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah mengedit
menggunakan talian internet.
Langkah-langkahnya ialah:
PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH GURU BAGI MEREALISASIKAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU MELALUI TMK DAN CARA-CARA MENGATASINYA
http://saranaibubapa2013.blogspot.com/p/aplikasi-ict-dalam-pengajaran-dan.html
PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH GURU BAGI MEREALISASIKAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU MELALUI TMK
DAN CARA-CARA MENGATASINYA
PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH GURU BAGI MEREALISASIKAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU MELALUI TMK
DAN CARA-CARA MENGATASINYA
PENGENALAN
Penggunaan teknologi maklumat dalam
kehidupan pada masa kini telah menjadi suatu yang penting dan sangat
memerlukan. Teknologi maklumat juga dapat membantu manusia memudahkan melakukan
sesuatu perkara. Penggunaan teknologi pada abad ke 21 ini dapat dilihat semakin
melaus sama ada dalam bidang perniagaan, pembangunan malah kini yang menjadi
tumpuan adalah penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan. Kerajaan
kini memandang serius berkenaan pengintegrasian teknologi maklumat dalam
pendidikan melalui matapelajaran yang diajar. Dengan penggunaan teknologi
maklumat secara menyeluruh mampu meningkatkan tahap kemahiran pelajar-pelajar
untuk mendapat maklumat dengan berkesan. Hjetland (1995) menyatakan bahawa
“Technology can make our lives easier. Everyday tasks are simplified”. Beliau
juga menyatakan bagaimana teknologi dapat mempermudahkan tugas serta
meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja
pengurusan dan kerja-kerja pengajaran pembelajaran.
Setiap aspek kehidupan manusia semakin
dihimpit dengan komputer dan justeru itu, penggunaan komputer dalam pendidikan
juga menjadi semakin dominan. Kita kini dikatakan berada dalam satu masa
perubahan iaitu dari zaman industri ke zaman informasi. Dunia tanpa sempadan,
IT, ICT, e-siber, global, dalam talian, pintar, rangkaian, dan pelbagai lagi
istilah yang sekiranya gagal untuk difahami menyebabkan kita seolah-olah berada
di dunia lain. Justeru itu, penggunaan teknologi maklumat seharusnya bukanlah lagi
menjadi sesuatu yang asing dalam pendidikan. Menurut Ahmad Fuad (2003),
menyatakan bahawa dalam konteks pendiidkan, teknologi maklumat merupakan satu
rangkaian elektronik untuk mencari, mengumpul, menyimpan, memproses, menyalur
dan menyampai maklumat secara efektif, pantas dan banyak untuk membbantu proses
pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu juga, kejayaan ICT dalam pendidikan
khususnya bukan hanya terletak pada teknologi tetapi juga melibakan faktor lain
seperti pendekatan pedagogi, subjek yang diajar, jenis pelajar, tahap
pencapaian pelajar, keperluan pelajar, guru dan persekitaran bilik darjah.
Pendekatan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan
bilik darjah bertemu dengan dunia nyata serta membolehkan pelajar-pelajar
meneroka mencari maklumat.
Dalam menjayakan penggunaan teknologi
maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan gandingan semua
pihak sama ada pihak sekolah mahu pun pihak masyarakat. Di sekolah, guru
terutamanya perlu yakin bahawa terdapat banyak kebaikan dan kepentingan
penggunaan ICT atau teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru
juga perlu mempelajari serta diberikan kemahiran yang mencukupi untuk
menggunakan peralatan ICT secara cekap dan efektif. Kebanyakan sekolah-sekolah
yang mempunyai guru-guru yang telah lama berkhidmat, terdiri daripada mereka
yang masih berada di tahap ‘perlu belajar’ dan ‘perlu bimbingan’ untuk
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Keupayaan seseorang untuk
menggabungkan teknologi maklumat dalam pengajaran bukan berlaku secara
automatis, tetapi memerlukan kepada usaha yang berterusan yang penuh dengan
minat. Pengetahuan dan kemahiran dalam ICT tidak menjamin pengintergrasiannya
dalam kurikulum dan juga pengajaran. Justeru, adalah penting bagi guru-guru
untuk memuat persediaan yang mencukupi agar dapat memenuhi tuntutan dan
jangkaan masyarakat untuk menggabungkan ICT dalam pengajaran. Keyakinan dan
efikasi yang tinggi membantu mempermudahkan proses peningkatan kemahiran dalam
pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
(a) Definisi Teknologi Maklumat
Teknologi maklumat merupakan satu
bidang ilmu yang berasaskan pelbagai disiplin terutamanya komunikasi dan sistem
komputer. Bidang ini merupakan kajian tentang penggunaan proses dan perkakasan
dalam menangani maklumat yang pelbagai bentuk.
Teknologi maklumat (Information
Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and
Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk
pemprosesan data. Ruang lingkup tajuk teknologi sangat luas iaitu berkenaan
dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan
mudahnya, penggunaan computer dan perisian adalah untuk mengubah, menyimpan,
melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira
tempat dan waktu.
(b) Pengintegrasian Teknologi Maklumat
dalam Pengajaran Bahasa
Pengintegrasian teknologi malkumat
dalam pengajaran bermaksud proses pengajaran yang melibatkan penerapan
teknologi seperti komputer serta menggunakan bahan bantu mengajar berunsurkan
ICT dalam pengajaran bahasa. Contohnya penggunaan korpus berkomputer untuk
mencari perkataan dan ayat yang berkaitan.
PERNYATAAN MASALAH
Penggunaan komputer atau bahan
teknologi maklumat merupakan satu wadah baru yang di bawa ke dalam dunia
pendidikan. Oleh itu, terdapat pelbagai kekangan yang timbul akibat daripada
kekurangan kemahiran dalam pengendalian dan pengurusan. Antara-antara
kekangan-kekangan yang perlu dititikberatkan adalah:-
1) Tahap Kemahiran Guru dalam Bidang
Teknologi Maklumat.
Penggunaan bahan teknologi maklumat
dalam pendidikan khususnya dari segi pengajaran dan pembelajaran pada masa kini
telah menjadi satu perkara yang penting bagi guru guru.Penggunaan teknologi
maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan kefahaman para
pelajar dengan lebih baik. Hal ini dapat kita perhatikan bahawa, pembelajaran
dari segi pencarian maklumat dan bahan-bahan terkini dalam sesuatu topik dapat
dilakukan oleh pelajar-pelajar dengan menggunakan alat teknologi maklumat
seperti melalui komputer, internet dan sebagainya.Dapat kita perhatikan bahawa,
penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran
memerlukan kemahiran seseorang guru untuk mengendalikan dalam sesuatu perkara,
oleh yang demikian, pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa
di sekolah rendah terdapat beberapa kekangan yang perlu di ambil berat iaitu
kekurangan guru terlatih dalam bidang teknologi maklumat. Guru-guru yang telah
lama mengajar dalam bidang bahasa khususnya kurang berpengalaman dan pendedahan
dengan penggunaan ICT, oleh itu, guru tidak mahir untuk membuat perancangan
pengajaran berdasarkan ICT. Perkara sedemikian menyebabkan timbul permasalahan
di mana pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Hal ini akan membantut perkembangan
penggunaan bahan teknologi maklumat khususnya di kalangan pelajar.
2) Penerimaan Guru Terhadap Proses
P&P Menggunakan Teknologi Maklumat
Pengintegrasian teknologi maklumat
dalam proses pengajaran merupakan salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran
terkini untuk meningkatkan tahap kemahiran guru menyampaikan sesuatu perkara
khususnya dalam pengajaran bahasa. Justeru itu, terdapat segelintir guru bahasa
masih tidak mahu mengikuti serta mengubah kaedah pengajaran mereka. Perkara ini
dapat kita perhatikan bahawa guru-guru bahasa yang telah lama berkidmat dalan
dunia pendidikan enggan mengubahsuai corak pengajaran dan pembelajaran mereka
yang mana, kaedah guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
hanya tertumpu kepada penggunaan buku teks serta papan tulis semata-mata dan
tidak mempunyai alternatif kaedah pengajaran bahasa yang lain. Sesetengah guru
merasakan penggunaan kaedah pengajaran tradisional sudah cukup untuk
menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah.
Selain itu, terdapat guru-guru yang
tidak memahami nilai penggunaan teknologi maklumat ini menyebabkan mereka malas
untuk belajar serta mendalami ilmu teknologi maklumat. Penggunaan teknologi
maklumat seolah-olah memberi satu bebanan kepada mereka ketika sesi pengajaran
dan pembelajaran. Menurut (Norizan Abdul Razak, 1997) dalam kajian kesediaan
guru menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa membuktikan bahawa
guru-guru masih lagi ragu-ragu dan takut untuk menggunakan komputer dalam
pengajaran mereka. Perkara ini menjadi salah satu perkara yang membantutkan
pengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran
bahasa di sekolah. Terdapat guru-guru yang berminat untuk belajar tetapi
berputus asa kerana merasakan sukar untuk menguasai bidang teknologi maklumat.
3) Kemudahan Teknologi Yang Berkaitan
Tidak Mencukupi
Proses pengintegrasian teknologi
maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan prasarana yang mencukupi
seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan dengan penggunaan
teknologi maklumat, serta penyediaan dan penyelenggaraan komputer yang
mencukupi dan lancer. Sistem penyelenggaraan bahan teknologi maklumat di
sekolah yang tidak cekap menjadi salah satu punca permasalahan pengintegrasiaan
ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Sehubungan itu juga, peruntukan
kewangan yang lambat serta tidak mencukupi untuk proses penyediaan kemudahan
teknologi maklumat di sekolah-sekolah tertentu menjadi salah satu punca
timbulnya permasalahan dalam proses pengintegrasian.
Masalah bilik komputer juga sering
mengganggu kelancaran penggunaan komputer dalam pengajaran. Terdapat guru
bahasa yang tidak dapat menggunakan bilik komputer kerana sering digunakan oleh
kumpulan pelajar lain. Pengaruh rakan sejawat tidak mempengaruhi sampel kajian
dalam pelaksanaan pengajaran berbantukan komputer. Minat mengajar menggunakan
komputer tidak menurun apabila tidak ramai guru yang berbuat demikian.
Kesimpulannya, bidang bahasa juga
sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari segi pandangan umum terhadap
kepentingannya. Walaupun demikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian
dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan. Pengintegrasian
teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa berupaya meningkatkan lagi keupayaan
pelajar dalam menguasai sesuatu bahasa itu dengan lebih baik. Oleh itu, aspek
latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif,
menggalakkan juga penggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan
teknologi yang sesuai dengan keperluan semasa perlu diberikan perhatian.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Bagi mengatasi masalah-masalah ini,
kami telah membincangkan beberapa cara berdasarkan peranan semua pihak.
1) Peranan Kerajaan
Kerajaan memberikan kesedaran dalam
penggunaan komputer untuk mempercepatkan penerimaan dan penggunaan teknologi
maklumat. Perdana Menteri, Dato’ Seri Mahathir Mohamad telah melancarkan Kempen
Kesedaran Teknologi Maklumat pada 11 Oktober 1977. Kerajaan juga memastikan
setiap sekolah, mendapat skim peruntukan kelengkapan makmal komputer yang cukup
kepada semua sekolah terutamanya sekolah-sekolah di kawasan luar bandar. Selain
itu juga, kerajaan perlu menyediakan kursus teknologi maklumat untuk guru-guru
yang bakal mejadi tenaga pengajar di sekolah sama ada di universiti ataupun
kursus-kursus semasa. Kerajaan haruslah peka terhadap keperluan semasa
masyarakat dan sentiasa peka terhadap perubahan teknologi global.
2) Peranan Sekolah
Strategi untuk menggabungkan dan
memantapkan penggunaan ICT dalam P&P bukan hanya semata-mata terletak di
bahu guru sahaja tetapi juga kepada pemimpin sekolah. Peranan pemimpin adalah
amat penting dalam membentuk budaya ICT di sekolah. Mereka bukan sahaja perlu
memberi sokongan dari segi kewangan tetapi juga menjadi model sebagai pengguna
ICT dalam pentadbiran dan memberi respons kepada perubahan. Untuk menerapkan
budaya ICT di sekolah, satu dokumen polisi bertulis seharusnya disediakan.
Polisi ini membantu merekabentuk dan
mengurus program ICT bagi membolehkan guru dan pelajar menguasai ICT secara
teratur dan progresif. Sesebuah polisi tidak perlu statik tetapi perlu disemak
setahun sekali terutamanya apabila tahap kepakaran guru meningkat dan terdapat
perubahan pada dasar dan prosedur Kementerian Pendidikan. Kerangka polisi ICT
dibina berdasarkan kepada matlamat dan perancangan sekolah, pandangan daripada
ibu bapa dan komuniti, polisi Pejabat Pendidikan Daerah, polisi rasional
penyelidikan tentang pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan perkembangan
teknologi (Mohammed Sani dan Mohd Jasmy, 2002). Bagi melaksanakan polisi dan
matlamat yang telah ditetapkan sekolah harus menyediakan pelan pembangunan.
Heinrich (1995) menyatakan pelan ini mengandungi aktiviti-aktiviti spesifik seperti
strategi pemantauan dan penilaian; spesifikasi tentang pemilihan pembiayaan
serta pembelian perisian dan perkakasan, kurikulum yang digunakan dan
perancangan untuk penggantian serta pembinaan peralatan secara
berterusan.Program pembangunan sekolah harus selari dengan matlamat dan
prosedur yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan. Pihak Jabatan
Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah seharusnya dilibatkan bagi
membimbing dan menyokong sekolah untuk membuat pelan pembangunan ICT dan seterusnya
memantau perlaksanaannya.
Pemimpin sekolah harus memastikan
prasarana yang lengkap dikendalikan dan digunakan secara optimum oleh guru
semasa P&P dijalankan. Penggunaan makmal komputer hendaklah mengikut jadual
waktu yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran agar kekecohan dan kecelaruan
tidak timbul di kalangan guru-guru. Peranan penyelaras ICT mesti dipantausupaya
budaya menyelenggara alat-alat perkakasan sentiasa dilakukan selepas makmal
komputer digunakan. Penyelaras ICT harus peka dan jelas dengan arahan-arahan
Kementerian Pendidikan tetapi dalam melaksanakannya di peringkat sekolah,
mereka perlu mengubahsuai prosedur mengikut kemampuan guru-guru untuk
melaksanakannya dengan berkesan. Pemberian komputer daripada pihak swasta atau
atas inisiatif PIBG hendaklahdilengkapkan ke bilik-bilik darjah sekiranya
makmal komputer telah disediakan. Ini akan menambahkan lagi penggunaan ICT oleh
guru semasa proses P&P.
Perkembangan dan pembangunan staf
harus diberi perhatian yang lebih oleh pemimpin sekolah. Pembangunan staf yang
melibatkan ICT dan inovasi adalah berdasarkan kepada dua bidang iaitu
penguasaan ICT dan perkembangan aktiviti pembelajaran mengikut keperluan murid.
Perancangan pihak sekolah untuk memberikan kursus-kursus dalaman dan luaran
kepada guru adalah perlu. Untuk itu pengurus sekolah hendaklah sentiasa
melakukan kajian keperluan untuk mengenal pasti tahap penguasaan guru dalam
bidang kemahiran ICT dan instruksional. Program perkembangan staf amat perlu
untuk memastikan guru-guru menguasai ilmu dan ketrampilan yang diperlukan
untukmenggunakan peralatan ICT dan bagaimana mereka dapat membantu
pelajar-pelajar untuk menggunakan dengan betul. Program ini harus selari dengan
polisi ICT dan pelan pembangunan sekolah.
3) Peranan Guru
Menurut Skinner (1974), melalui teori
pembelajaran behaviorisme pembelajaran berlaku apabila seseorang itu
bertindakbalas terhadap sesuatu rangsangan dan kemudiannya diberi pengukuhan.
Sementara teori kognitivisme menegaskan pembelajaran merupakan satu proses
maklumat diterima, diproses dan disimpan dalam pemikiran seseorang. Implikasi
ini menunjukkan maklumat dianggap sebagai objek yang boleh dipindahkan kepada
murid (Newell, 1990). Di bawah kerangka behaviorisme dan kognitivisme, guru
berperanan sebagai penyampai maklumat dan memastikan bahawa pelajar telah
mempunyai pengetahuan sedia ada. Oleh itu segala perancangan dibuat mengikut
turutan aktiviti supaya objektif pembelajaran tercapai. Aktiviti pembelajaran
yang mengaplikasi teori behaviorisme dan kognitivisme ialah pembelajaran
tutorial yang menggunakan ICT untuk menyampaikan kandungan pelajaran. Aktiviti
ini merangkumi demonstrasi, fenomena yang menggunakan perisian CD Rom, laman
web yang disimpan di dalam cakera keras, latihan yang dikawal oleh sistem dan
pembelajaran ekspositori. Sebahagian besar perisian pendidikan yang digunakan
dalam pembelajaran tutorial direka dalam bentuk berdasarkan kepada model
tradisional P&P, model transmisi yang memperlihatkan guru sebagai penyampai
maklumat utama dan murid sebagai penerima (Merill, 1996).
Pendekatan seperti ini harus diberi
pertimbangan yang teliti oleh guru sebelum ianya dilaksanakan. Adalah
dicadangkan guru perlu menilai setiap perisian yang sesuai sebelum menjalankan
proses P&P serta melakukan persediaan yang rapi dalam penyediaan peralatan
ICT. Kumpulan pelajar yang cemerlang dan lemah dibahagikan supaya memudahkan
guru membuat penilaian diakhir sesi pengajaran.
Kumpulan yang lemah akan diberi
latihan yang berbentuk latih tubi sementara yang cemerlang diberi latihan bebentuk
pengayaan. Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh mengakibatkan
pembaziran masa dan tenaga serta menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih
produktif.
Teori pembelajaran kontruktivisme
memberi tumpuan kepada pembinaan ilmu oleh individu. Pembelajaran berlaku
apabila seseorang itu dapat membina atau menginterpretasi ilmu serta
mengaplikasi dalam situasi yang baru (Piaget, 1981; Brunner, 1990). Dengan kata
lain teori ini memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah,
pengalaman pembelajaran yang autentik dan pengetahuan yang dibina melalui
interaksi sosial. Melalui pendekatan teori pembelajaran ini, guru berperanan
sebagai fasilitator dalam mengendalikan proses P&P dan menggunakan ICT
sebagai alat. Pelbagai strategi pengajaran digunakan untuk menjana idea serta
meningkatkan kemampuan murid untuk memanipulasikan maklumat yang telah
dikumpul. Pembelajaran secara penerokaan boleh digunakan oleh guru untuk
menghubungkan antara teori konstruktivisme dengan P&P. Kaedah pembelajaran
ini membolehkan murid-murid mencari dan mengakses maklumat daripada
ensaiklopedia multimedia atau bahan-bahan daripada internet (Haynes &
Holmevik, 1998). Melalui pengumpulan bahan-bahan ini, maklumat akan digunakan
untuk menjana dan menguji hipotesis dalam penyelesaian masalah.
Perhatian yang lebih perlu diberikan
oleh guru apabila menggunakan kaedah pembelajaran penerokaan. Ini kerana
murid-murid mungkin menggunakan terus maklumat yang diperolehi tanpa
memanipulasi (mencari, membanding dan menilai). Dalam proses pembelajaran ini
guru perlu menyediakan soalan-soalan terbuka untuk menjana pemikiran
murid-murid dan menggalakkan pembelajaran secara hafalan (rote learning).
Peranan guru dalam memantau penggunaan aplikasi pemprosesan perkataan, lembaran
kerja dan persembahan adalah perlu ntuk mengelakkan pemesongan tumpuan murid
daripada perkara yang lebih penting. Guru perlu memastikan bahawa penggunaan
ICT adalah untuk membantu proses P&P seperti menganalisis maklumat dan
bukannya digunakan sebagai mesin taip elektronik.
Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi
merupakan serampang dua mata dalam perkongsian maklumat dan komunikasi. Guru
boleh mengambil peluang daripada keupayaan ini untuk menjalankan pembelajaran
kolaboratif di dalam kelas. Kaedah ini digunakan untuk membolehkan murid dan
guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat
dalam pelbagai bentuk elemen multimedia seperti teks, grafik, audio video dan
animasi. Ini akan mewujudkan hubungan kerja berpasukan di kalangan murid di
samping memantapkan kemahiran berkomunikasi.
Namun begitu guru perlu menyediakan
garis panduan yang jelas dan terperinci untuk memastikan disiplin murid semasa
penggunaan e-mail, chat room dan sebagainya dalam pembelajaran kolaboratif.
Penilaian boleh dijalankan oleh guru dan kumpulan pebincangan apabila hasil
dibentangkan di dalam kelas. Ini akan menggalakkan percambahan pemikiran dan
memantapkan kemahiran berfikir serta komunikasi murid-murid. Strategi guru
menggunakan ICT dalam proses P&P harus selaras dengan isi kandungan mata
pelajaran dan menekankan implikasi atau hasil pembelajaran yang diharapkan
berdasarkan tahap murid.
4) Peranan Pelajar
Pelajar menggunakan pemprosesan
perkataan untuk menyediakan laporan-laporan aktiviti untuk aktiviti pengayaan,
tugasan serta projek. Pelajar boleh mengulangi tutorial mengikut keperluan,
kemampuan dan kadar sendiri. Aktiviti dijalankan sama ada secara individu
dengan akses kendiri atau dalam kumpulan kecil. Pelbagai projek di sediakan
dalam muka indeks laman web untuk membolehkan pelajar mengakses maklumat
daripada ‘World Wide Web’ seperti tugasan mencari jurubina-jurubina terkenal di
dunia, bangunan-bangunan bersejarah yang menarik, mencari URL laman berkaitan
dengan Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan, MPBL, 2002
pelan dan dongakan serta menulis satu sinopsis tentang bahan -bahan yang ada
pada laman yang diperolehi untuk dikongsi dengan rakan yang lain. Pelajar
berkomunikasi dengan pelajar di sekolah yang sama atau dari sekolah yang lain
melalui e-mail untuk mengongsi maklumat yang ditemui sama ada untuk tujuan
perbincangan atau memberi cadangan pelaksanaan tugasan /projek .Maklumat ini
disimpan dalam laman web untuk diakses oleh pelajar yang lain. Misalnya dalam
pautan e-mail Pelajar dan Cadangan Pelajar.
5) Peranan Masyarakat
Untuk memantapkan integrasi ICT dalam
proses P&P sekolah harus menggunakan pelbagai perkhidmatan luar seperti
pihak swasta, kerajaan, badan akademik, komersial serta komuniti setempat.
Pusat Sumber Pendidikan Negeri merupakan sumber rujukan yang paling relevan
untuk mendapat khidmat nasihat mengenai teknik dan kaedah P&P menggunakan
ICT. Teknik perkongsian pintar antara sekolah dan sektor swasta boleh digunakan
sebagai strategi untuk meningkatkan kemahiran ICT guru dan semua warga sekolah.
Sekolah harus menggunakan peluang yang
ada dalam komuniti setempat dari segi mendapatkan sumbangan dalam bentuk tenaga
pakar untuk membantu guru-guru dalam menjadikan penggunaan ICT dalam P&P
secara berkesan.
PENUTUP
Sistem pendidikan sekolah di Malaysia
hari ini dikatakan dapat menyediakan pelajar-pelajar yang serba boleh bagi
menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Dari masa ke semasa, kerajaan akan
sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan.
Dalam keghairahan mengguna teknologi maklumat dalam pendidikan, kita harus
berwaspada terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan yang tidak
terkawal. Walau apapun pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah
corak pendidikan masa depan dan tingkah laku kanak-kanak. Oleh itu, pengawalan
dan pengawasan yang rapi harus diberikan apabila menggunakan teknologi canggih
ini.
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu Tahun 4 SK
Tajuk
|
Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran Bahasa Melayu Tahun 4 SK
|
URL
|
|
Sinopsis
|
Panduan untuk guru dalam
menyediakan bahan pengajaran dan RPH.
|
Subscribe to:
Posts (Atom)