sahabat selamanya..........

sahabat selamanya..........

Wednesday 22 January 2014

MEMBINA TAPAK PEMBELAJARAN

Membina dan Menggunakan Tapak dan Laman Web 
Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

· Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
 · Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu · Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu

 PENGENALAN 

Zaman internet ini, penggunaan halaman web membolehkan sesiapa sahaja sama ada individu, syarikat atau organisasi untuk menyalurkan pandangan, maklumat, pembelajaran hidupan dan sebagainya yang boleh dicapai oleh sesiapa didunia dalam masa beberapa saat sahaja.

 Kepentingan membina laman web

Terdapat pelbagai kepentingan laman web perlu dibina.

Antaranya ialah:

 i. Memaparkan idea
 • Memaparkan idea yang berguna dan mampu membantu orang lain.
 ii. Meningkatkan kebolehan diri
 • Dapat meningkatkan kebolehan dan kemahiran diri dalam bidang internet
 iii. Komunikasi maya
 • Boleh manjalankan sesi komunikasi maya dengan pengguna di seluruh dunia dan boleh mengadakan perbincangan bersama
 iv. Berkongsi maklumat
• Mampu berkongsi maklumat sesama pengguna

 Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu 

Tapak pembelajaran merupakan satu tempat yang menyimpan pelbagai halaman-halaman web dimana halaman tersebut boleh dicapai oleh pengguna internet. Tapak pembelajaran ini merupakan bahan pengajaran masa kini yang menggunakan komputer sepenuhnya.
Tapak pembelajaran ini sering digunakan guru sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

 Tapak pembelajaran haruslah berpandukan kepada Rancangan pengajaran Harian.

 I.Set Induksi
II.Langkah 1
III.Langkah 2
IV.Langkah 3
V.Penutup

Friday 10 January 2014

LANGKAH 1 - TAIP "GOOGLE DOC" DI ENJIN PENCARI



LANGKAH 2 - APABILA PAPARAN INI MUNCUL DI SKRIN ANDA, KLIK IKON MUAT  
NAIK UNTUK PILIH FAIL YANG INGIN ANDA LAMPIRKAN.

CARA-CARA MUAT NAIK  : KLIK IKON MUAT NAIK > FILE > PILIH FILE > OPEN


LANGKAH 3 - CARA UNTUK MENDAPATKAN LINK

* KEMUDIAN AKAN KELUAR FAIL YG TELAH DIPILIH.

   

CARA UNTUK DAPATKAN LINK : KLIK "FILE" >  KLIK "PUBLISH TO WEB"





LANGKAH 4 : LANGKAH UNTUK MUAT NAIK LAMPIRAN DI DALAM BLOG

* BUKA BLOG ANDA PADA BAHAGIAN POSTING (NEW/EDIT POSTS)




KEMUDIAN KLIK OK.. 





SETAKAT INI SAJA SESI PERKONGSIAN UNTUK KALI INI..  SEMOGA BERJAYA! =)